Saturday, 7 January 2012

slmt membce.. ambik la iktibar tntg kisah ini yer kawan ku

Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital.. 
dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan.. 
dia mendapati ayah kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya.. 

apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak.. 

"kenapa kamu ambil masa yg lama utk datang..??
kamu tahu x anak saya dalam bahaya sekarang nie..??
kamu x ada rasa bertanggungjawab ke..??"

doktor tersebut tersenyum dan berkata :

"sy minta maaf, saya berada di luar hospital & sy datang sepantas yg mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan tu.. dan sekarang, saya harap anda bertenang.. jadi, saya dapat buat kerja saya.."

"bertenang kamu kata..?!
kalau anak kamu berada dalam bilik 2 skrang nie, bolehkah kamu bertenang..??
kalau anak kamu mati sekarang nie apa yg kamu buat..??
kata si ayah dgn marah..

si doktor tersenyum lagi & berkata :
" saya akan kata bahawa Allah telah berfirman dlm kitab-Nya yg suci
" drp Allah kita dtg dan kepada-Nya kita kembali"..
doktor x mampu utk memanjangkan hayat seseorang..
Insya-Allah kami akan cuba yg terbaik utk anak kamu.."

"memberi nasihat bila kita x mengalaminya memang senang..!"
kata si ayah..

pembedahan tu mengambil masa beberapa jam..
x lama kemudian, si doktor keluar dgn gembira.. "

alhamdulillah..anak anda selamat..!"

dia terus berjalan tanpa menghiraukan si ayah

"kalau kamu ada sebarang soalan..kamu boleh tanya jururawat..!"

"kenapa doktor tu sombong sangat..?!
x boleh ke dia tunggu beberapa minit supaya saya dpt tnya beberapa soalan tentang anak saya..?!
"komen si ayah selepas melihat jururawat..

jururawat itu berkata sambil air mata mengalir di pipinya :
"anaknya meninggal dunia semalam dlm kemalangan jln raya.
Dia berada dlm upacara pengebumiaan anaknya ketika kami menghubunginya utk pembedahan anak encik. Dan sekarang dia telahpun menyelamatkan nyawa anak encik, dia tergesa-gesa utk menghabiskan upacara pengebumiaan anaknya..

" Moral : Never judge anyone because you never know how their life is & what they're going through..."

Friday, 6 January 2012

NAJWA LATIF-CINTA MUKA BUKU (smoga terhibur khas utk kwan2 di fb..hehehe^__^)


info terkini khas utk wanita

slmt membce...^__^

Untuk Diamalkan Bersama. Semoga Ada Manfaatnya Untuk Kita Bersama :)

iNfO tErKiNiiiii..(Kanak-Kanak Mempunyai 6 Deria)

Kanak-Kanak Mempunyai 6 Deria

KUALA LUMPUR: Lazimnya manusia mempunyai lima deria, namun seorang kanak-kanak lelaki mendakwa mempunyai deria keenam apabila dapat melihat warna yang terhasil daripada sebarang objek bergerak, bunyian, tulisan dan nombor. Kebolehan unik Ainan Celeste Cawley, 10, itu dikesan tiga tahun lalu dan dia serta bapanya, seorang pensyarah psikologi di Universiti HELP, Valentine Cawley bekerjasama membuat satu kajian mengenai fenomena itu.


Valentine berkata, penemuan saintifik dalam bidang psikologi manusia itu boleh membawa banyak faedah dan memberi manfaat dalam kehidupan seharian. Anak saya memaklumkan mengenai kebolehannya yang boleh melihat warna dihasilkan daripada objek, bunyi, tulisan dan nombor ketika dia berumur lapan tahun. Hasil eksperimen mendapati setiap kelajuan mempunyai kod warna yang konsisten dan tersendiri, katanya dalam sidang media, di sini, semalam.
Menurutnya, dia yang memahami mengenai kebolehan unik anaknya itu kemudian bercadang untuk membuat kajian bersama yang dinamakan Velociperception, iaitu kajian deria baru manusia yang boleh membawa kebaikan. Fenomena yang berlaku ke atas anak saya secara asasnya disebabkan oleh penyakit synaesthesia. Penyakit ini akan menyebabkan sesuatu rangsangan yang dilakukan kepada sesuatu deria juga turut menimbulkan tindak balas ke atas deria yang lain, katanya.
Valentine berkata, hasil kajian ini boleh dimanfaatkan dengan mencipta teknologi baru dalam bidang sains sukan. Ainan, seorang warga Singapura adalah pelajar termuda di dunia yang mengikuti pengajian tahun tiga bagi modul institusi menengah tinggi di sana dan pernah lulus Peperiksaan `O’ Level bagi mata pelajaran kimia pada usia tujuh tahun pada 2007.

iNfO tErKiNiiiii...(kira umur mengikut islam)>>

bukak la link ni http://www.ar-rifke.com/2011/12/jom-kira-umur-kita-mengikut-tahun-islam-yang-sebenar.html

iNfO tErKiNiiiii..(pasal final masterchef)

check la link nii http://mediaserius.com/akhir-masterchef-malaysia-wahidan-vs-ezani/ ..slmt menonton

iNfO tErKiNiiiii...(Perokok Yang Kaya)>>

Kisah benar seorang perokok : Ajoi berjumpa doktor kerana batuk-batuk..
Perokok Yang Kaya
Ajoi: Selamat pagi doktor…
Doktor: Ya.. selamat pagi, boleh saya bantu ?
Ajoi: Begini doktor, saya punya masalah sesak nafas dan batuk-batuk.
Doktor: Oh begitu… hmm awak seorang perokok?
Ajoi: Betul doktor, saya memang perokok..
Doktor: Satu hari berapa batang awak hisap? dan sudah berapa lama awak merokok ?
Ajoi: 1 hari lebih kurang 2 kotak dan saya merokok sudah 15 tahun.
Doktor: Anda tahu berapa kos yang awak keluarkan dalam 1 hari ?
cuba kira, satu hari dikali dengan 2 kotak rokok dikali 365 hari (setahun) dikali 15 (tahun)…
sambil membuka tingkap, doktor tersebut menyambung….”anda lihat banglo mewah di seberang jalan sana..? “, bayangkan encik, kalau dari dulu anda tidak pernah merokok selama 15 tahun dan wangnya dikumpulkan, mungkin anda sudah mampu mempunyai banglo mewah macam tu. (dengan nada ceramah)….
Ajoi: Doktor tak merokokkan?
Doktor: ooh..tentu tidak (dengan bangganya !)
Ajoi: Doktor ada banglo mewah macam tu?
Doktor: Takdelah, saya tak mampu…kenapa?
Ajoi : Kalau doktor nak tau, yang banglo mewah doktor tunjuk itu memang saya punya banglo…sedangkan doktor yang tak hisap rokok pun tak mampu nak beli..
Doktor: Erkk..salah orang aku ceramah rupanya… (dalam hati)
.
kempen rokok : tak nakp/s : Tapi mari kita katakan tak nak kepada rokok 

iNfO tErKiNiiiii...(5 Punca Mata Cepat Letih)>>


Mata ialah salah satu pancaindera yang amat penting kepada manusia. Tapi adakah kita mengambil berat tentang kesihtan mata kita? Kadang-kadang kita gunakan mata sehingga berasa letih. Mungkin sebelum ini anda sendiri tidak sedar apakah punca yang menyebabkan mata anda cepat berasa letih. Antaranya adalah..


5 punca mata anda cepat letih
Terlalu fokus-  Apabila anda melakukan sesuatu terlalu fokus seperti membaca, memandu atau melihat paparan skrin komputer, otot mata anda sebenarnya akan bekerja lebih keras. Ini akan menyebabkan mata anda akan cepat berasa letih dan mengantuk. Rehatkan mata anda sebentar seperti melihat tumbuhan hijau sebelum kembali menyambung tugasan.
Masalah mata- Mata anda cepat berasa letih berkemungkinan juga disebabkan oleh mata anda sendiri yang mempunyai masalah. Mata yang mempunyai masalah kebiasaannya perlu bekerja lebih kuat daripada kebiasaan. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat dari pakar.
Sistem pencahayaan yang tidak baik- Sistem pencahayaan yang terlalu banyak atau terlalu sedikit akan menyebabkan otot sphincter dan dilatory untuk bekerja secara berlebihan. Ini akan menyebabkan mata anda akan berasa cepat letih.
Bekerja lebih masa- Ramai yang beranggapan bahawa cara terbaik untuk merehatkan mata adalah dengan menonton tv, membuka akaun fb, melayari internet, bermain telefon bimbit atau sebagainya. Tetapi ia sebenarnya hanya akan menyebabkan mata anda untuk bekerja lebih masa.
Jarang berkelip- Tahukah anda bahawa seseorang yang kurang kadar kelipan matanya akan meyebabkan mata mereka kekeringan. Disebabkan faktor ini anda dinasihatkan untuk tidak terlalu fokus melakukan sesuatu tugasan secara berterusan. Rehatkan mata anda sebentar pada setiap jam ketika anda melakukan tugas.
5 punca mata anda cepat letih
p/s : Sayangi mata anda :)


(slmt membce...hehehehe)  ^__^

Thursday, 5 January 2012

WLCME TO MY BLOG...(^__^)


wlcme  ke blog sy..hehehe
blog sy xspecial sgt.. sy  wat blog ini hnye utk menghilangkn ke bosanan sy n nk bljr wat blog..heheh.. kalu ad slh silap tgur la sy..sy hnye insan biasa y mahu bljar... maapla blog sy bosan ckt..insyaallah sy akan inprove ag blog cye..ehheheeh.. ;)